Setiap manusia sangat unik dan istimewa. Akhlak yang mulia mencerminkan keperibadian seseorang. Akhlak yang baik kian hari kian sukar dicari. Humanology merupakan sebuah organisasi yang menyediakan perkhidmatan seperti bina-upaya menerusi program perundingan, kajian dan latihan kepada organisasi sektor awam dan juga kepada sektor swasta di negara ini yang menitikberatkan unsur akhlak. Penekanan diberikan kepada aspek sikap dan tingkah laku manusia (Behavioural Insights) yang merupakan aspek kritikal dalam memastikan kejayaan dan keberkesanan sesuatu organisasi. Selain itu, Humanology juga memahami sifat asas manusia yang merujuk kepada Al-Quran supaya dapat kembali ke fitrah asal setiap manusia yang suci dan bersih. Oleh yang demikian, Humanology mengamalkan empat prinsip iaitu Siddiq, Amanah, Tabligh dan Fathonah.
Prinsip yang pertama iaitu siddiq adalah bermaksud benar. Dengan berpandukan kepada prinsip ini Humanology sentiasa menyampaikan maklumat yang benar kepada masyarakat. Sebagai contoh, Humanology banyak menjalankan kajian-kajian mengenai tingkah laku manusia seperti kajian ekonomi tingkah laku, kepuasan pelanggan, audit prestasi, audit sumber manusia, penglibatan pekerja dan jenis kajian yang lain. Semasa menjalankan kajian, Humanology sentiasa menekankan kebolehpercayaan (validity) dan kesahan (reliability). Maklumat hasil daripada kajian-kajian ini, akan disampaikan kepada masyarakat bagi meningkatkan lagi mutu perkhidmatan sektor awam dan juga sektor swasta. Dalam Al-Quran juga ada menyatakan mengenai kepentingan mengenai kebenaran.