Jurulatih adalah seorang yang bertanggungjawab penuh untuk melatih sekumpulan individu untuk mencapai sesuatu objektif. Kejayaan sesuatu objektif latihan adalah bergantung kepada cara pengendalian sesuatu kursus seperti berikut.
Kursus yang efektif adalah termasuk jurulatih yang berkaliber bermaksud jurulatih yang faham kontext latihan serta dapat menyelami topik-topik yang akan disampaikan, suasana kelas yang konduksif bermaksud suasana yang mendorong pembelajaran dan selamat, bahan kursus yang sesuai dan silibus yang sesuai bermaksud menyediakan kontent/ kandungan yang sesuai serta berkait rapat dengan kontext yang akan disampaikan, dan yang paling penting ialah komunikasi yang berkesan/efektif di antara jurulatih dan peserta.
Jurulatih yang tidak dapat berkomunikasi dengan berkesan kepada peserta akan menggagalkan sesuatu kursus seterusnya tidak dapat memenuhi objektif kursus tersebut. Bukan sekadar komunikasi, peserta juga perlu memahami objektif kursus tersebut. Ini menunjukkan bahawa jurulatih perlu memastikan bukan menyampaikan silibus kursus akan tetapi perlu memastikan dapat berhubung dengan berkesan dengan peserta serta memahami cara penerimaan para peserta untuk memastikan peserta mendapatkan impak maksimum dan mereka dapat mempratikkan apa yang dipelajari oleh mereka di dalam kerjaya atau kehidupan peribadian mereka.
Oleh yang demikian jurulatih yang berkualiti memainkan peranan penting bukan untuk membacakan silibus kepada peserta tetapi melatih peserta dengan cara yang lebih berkesan dan efektif seterusnya mencapai objektif kursus tersebut. Jurulatih yang tidak kompetent akan menggagalkan objektif kursus, tenaga, masa dan kos pelaksanaan sesuatu kursus.