Entrance. Memainkan peranan penting kerana perkara pertama yang mereka lihat setelah memerhati keadaan dalam kelas ialah cara kita pergi ke pentas. Jika pergi dalam keadaan (sloppy) apa yang mereka akan cakapkan? Jadi pastikan apabila anda memasuki bilik latihan, buat macam grand sikit…macam seolah-olah anda seorang artis. Nescaya peserta akan berminat dan tertarik untuk mengikuti pembelajaran anda.
Pasak Kaki. Ia menunjukkan secara tidak langsung bahawa pasak dan kukuh di satu-satu tempat memberi kesan secara langsung memberi gambaran bahawa mereka akan faham sesuatu yang serius sedang dibicarakan. Lagi sekali, kita asyik ke sana ke mari kelihatan seperti badut. Hanya dengan melakukan cara pasak kaki yang stabil secara tidak langsung boleh mengaktifkan keyakinan diri kita.
Ekspresi. Ekspresi muka penting. Jangan tipu kepada mereka dengan ekspresi muka anda yang tidak selari dengan kehendak kontext. Peringatan, mereka lagi pandai dari kita dan mereka sentiasa dapat kesan samada kita berpura-pura apabila kita menyampaikannya atau hanya dengan ekspresi muka kita sahaja. Banyakkan berlatih di depan cermin.
Bernafas. Bernafas, kerana ia akan membantu anda dalam latihan. Kita sentiasa ada masa untuk kita bernafas. Biar perlahan (tapi jangan perlahan sangat) asalkan maklumat yang ingin disampaikan kepada peserta memberi kesan yang mendalam.
Hubungan mata. Hubungan mata memainkan peranan besar. Pastikan apabila anda menyampaikan sesuatu aktiviti, anda sentiasa mempunyai hubungan mata. Bayangkan kalau anda menyampaikan modul akan tetapi anda tidak ada hubungan mata, apa yang akan berlaku? Peserta akan rasa bahawa anda tidak bercakap dengan mereka.
Suara – Jagalah suara anda. Makan-makanan yang berkhasiat. Ini penting kerana suara adalah anugerah yang tidak ternilai harganya. Gunakan mikrofon jika ada kalau tak ada anda harus cari tempat yang strategik di mana suara anda dapat didengar oleh semua peserta. Suara juga menentukan ton dan volume anda. Untuk memastikan bahawa anda tidak kehilangan suara, salah satu tips ialah pastikan suara anda keluar dari dalam perut, bukan dari anak tekak.
Penggunaan tangan. Penggunaan tangan membantu anda dalam menyampaikan sesuatu perkara dengan lebih berkesan, terutama sekali berkesan kepada orang yang menggunakan saluran Visual dulu. Ini kerana mereka dapat memahami penggunaan tangan seperti melakukan beberapa isyarat. Pastikan ianya ada tujuan. Penggunaan tangan yang berlebihan boleh mengakibatkan peserta anda berasa keliru dengan apa yang anda ingin sampaikan.
Bergerak dan berdiri. Gunakan keseluruhan ruang yang ada dalam bilik latihan kerana ada tujuan apabila anda bergerak. Salah satunya ialah untuk menghilangkan kebosanan yang dialami oleh peserta anda. Dan biasanya berdiri untuk kita menyampaikan sesuatu yang serius. Pergerakan yang terlalu banyak akan membuat peserta anda pening dan seterusnya tidak boleh menumpukan perhatian terhadap apa yang anda ingin sampaikan. Jika berdiri terlalu lama di satu tempat, peserta akan rasa bosan dan seterusnya hilang minat terhadap apa yang ingin anda sampaikan.