info@hba.com.my
  • Home
  • »
  • About Us (Government)

About Us (Government)

Humanology Sdn Bhd: Rakan Strategik Anda dalam Konsultasi & Latihan Khasnya Sektor Awam

Siapa Kami?

Humanology Sdn Bhd ialah penyedia perkhidmatan konsultasi dan latihan terkemuka untuk sektor awam. Ditubuhkan oleh Tan Sri Ambrin Buang, bekas Ketua Audit Negara, kami terdiri daripada veteran dan pesara pegawai kanan kerajaan, termasuk mantan Ketua Setiausaha Kementerian, Setiausaha Bahagian Kementerian, Ketua Pengarah Jabatan dan Pengarah-Pengarah yang mempunyai lebih 30 tahun pengalaman dalam perkhidmatan awam.

Keunikan kami terletak pada jaringan luas dengan kementerian dan agensi kerajaan—ramai daripada pemimpin di sektor awam hari ini adalah bekas rakan sekerja kami. Dengan pemahaman mendalam tentang prosedur kerajaan dan keupayaan untuk menyelaraskan pelbagai pihak berkepentingan, kami merupakan pakar dalam menyelesaikan “mission impossible” yang memerlukan kerjasama antara agensi.

Kami telah membantu lebih daripada 50 agensi kerajaan dalam pelbagai inisiatif strategik, termasuk:

✔ Pelan Strategik – Jabatan Laut Malaysia

✔ Penyediaan Kertas Majlis Jemaah Menteri – Jabatan Laut Malaysia

✔ Transformasi Organisasi – Lembaga Hasil Dalam Negeri

✔ Perjawatan & Penstrukturan – FAMA

✔ Kajian Benchmarking – Bioeconomy Corporation

✔ Rasionalisasi Badan Berkanun – MIDA

✔ Indeks Kepuasan Pelanggan – KPKT

Talent Assessment – MARDI

✔ Keterlibatan Pekerja – LPPSA

✔ Pemilihan Bakat – CIDB

 

Perkhidmatan Utama Kami

✔ Konsultasi Korporat – 5 perkhidmatan utama termasuk tadbir urus korporat, kecekapan operasi & pematuhan.

✔ Latihan & Pembangunan – Program kepimpinan, pematuhan & kemahiran industri untuk meningkatkan daya saing perniagaan.

 

Kenapa Pilih Kami?

✅ Pakar Prosedur & Peraturan Kerajaan – Kami memahami proses kerajaan untuk memudahkan urusan syarikat anda.

✅ Akses kepada Rangkaian Strategik – Hubungan kukuh dengan agensi kerajaan & badan kawal selia.

✅ Pemenang Malaysia Book of Records – Diiktiraf atas kecemerlangan.

 

Rakan Kerjasama Strategik

Dipercayai oleh Jabatan Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan, Jabatan Standard Malaysia, Bioeconomy Corporation, Jabatan Tenaga Manusia, Lembaga Hasil Dalam Negeri dan banyak lagi.

Jadikan Kami Rakan Konsultasi Anda!

Dengan kepakaran mendalam dalam prosedur kerajaan, kami membantu perniagaan anda mencapai kecekapan, pematuhan & kejayaan mampan.

 

📞 Hubungi kami hari ini!