info@hba.com.my

Ukuran Pencapaian & Latihan Meningkatkan Produktiviti

Produktiviti adalah antara ukuran utama pencapaian sesuatu organisasi.  Setiap tahun, pihak berkepentingan terutama pemegang saham organisasi ingin melihat peningkatan keuntungan. Peningkatan keuntungan boleh dikaitkan dengan beberapa elemen utama seperti peningkatan produktiviti, penjimatan kos, inovasi produk atau perkhidmatan baharu, dan mengenalpasti pasaran baharu.

Persoalan utama setiap pemimpin organisasi di setiap peringkat adalah bagaimana meningkatkan keuntungan? Dalam artikel ini kita akan menumpukan kepada dua  (2) perkara iaitu bagaimana ukuran pencapaian dan latihan dapat membantu meningkatkan produktiviti.

Pertama, ukuran pencapaian. Ukuran pencapaian yang baik perlu dilihat bermula dengan kejelasan dan pensejajaran dengan hala tuju peringkat organisasi, jabatan dan pekerja. Kesilapan kebanyakan organisasi adalah menurunkan adalah ukuran hasil akhir atau sasaran akhir, dan berhenti di situ sahaja. Organisasi yang produktif akan melanjutkan untuk menafsirkan hasil akhir tersebut kepada ukuran pencapaian tindakan-tindakan utama yang boleh membawa kepada hasil akhir. Contoh, Syarikat Alpha ingin mendapatkan sasaran keuntungan RM10 juta setahun. Jabatan AlphaSatu diberi sasaran RM3 juta setahun. Kejayaan lalu menunjukan bahawa nilai purata projek Jabatan AlphaSatu adalah RM50 ribu. Untuk mendapatkan sasaran RM30 juta, perlu ada 600 projek yang perolehi setahun, atau 50 projek sebulan. Jika purata kejayaan sebut harga yang dikeluarkan adalah 10% , maka minima perlu dikeluarkan 500 sebut harga sebulan. Jika sasaran ini yang diberi kepada pekerja adalah lebih jelas untuk mereka mengambil tindakan,atau memikirkan bagaimana untuk mencapainya. 

Kedua, kejelasan keperluan latihan untuk pekerja. Setiap organisasi mengambil pekerja mengikut syarat kelayakan untuk jawatan tersebut. Namun, setiap organisasi juga mempunyai piawaian atau standard carakerja dan proses yang tersendiri. Tanpa latihan boleh membawa kepada kesilapan, kesilapan boleh membuat pekerja merasa cemas, kecewa dan tertekan. Kesilapan juga boleh membawa kesan negatif yang besar kepada organisasi dari segi imej dan juga kerugian kewangan. Adalah bijak untuk organisasi membuat analisis keperluan latihan, untuk mengolah latihan yang bersesuaian dengan keperluan pekerja. Induksi pekerja baru perlu dilalui bagi memastikan setiap pekerja baru jelas kualiti kerja bagaimana yang diinginkan oleh organisasi, standard, dan prosesnya. Jika mereka jelas dan berkeyakinan untuk bekerja, produktiviti sasaran boleh dicapai dan di masa hadapan mereka mampu untuk mencadangkan penambahbaikan untuk meningkatkan prestasi. 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Please enable JavaScript in your browser to complete this form.