info@hba.com.my

Kemampanan Melalui Budaya Pemikiran Positif

Segenap mana, Malaysia akan meraikan ulang tahun ke-66 pada 31 Ogos 2023. Dalam 66 tahun ini, Malaysia telah melalui liku-liku yang mencabar, tidak ketinggalan juga zaman kegemilangannya. Bermulalah dari generasi-X hingga ke generasi-Z mempunyai gelagat yang berbeza akibat perubahan masa dan persekitaran yang ada. Bak kata pepatah, “Sekali air bah, sekali pasir berubah”. 

Sebelum merdeka, walaupun kehidupan tidak semewah kini, namun kehidupan rakyat penuh dengan ketenangan jiwa. Cabaran yang ada, kadangkala tertumpu dengan kemiskinan, peluang pekerjaan dan pembangunan. Kini, Malaysia telah melangkau ke era teknologi dan berdaya saing di peringkat antarabangsa, namun lebih banyak isu yang menyentuh sanubari kita. Apakah yang telah berlaku? Mengapa keadaan sedemikian berlaku? 

Lebih satu setengah tahun kita hidup bersama pandemik, norma dan cara hidup kita telah berubah. Sebelum ini, perbincangan bersemuka, aktiviti membeli belah secara bersemuka dijalankan. Kini, perjumpaan secara maya, pembelian atas talian telah menjadi lumrah kepada masyarakat. Segelintir masyarakat melihat keadaan ini sebagai masalah dan cabaran. Andai kata kita menentukan situasi kini, sebenarnya keadaan sedemikian telah mencepatkan proses transformasi digital seluruh dunia. 

Qalbun Sebagai Detik Permulaan

Terdapat pelbagai kemelut yang menghantui masyarakat. Antara kemelut-kemelut yang membimbangkan masyarakat termasuklah jangkitan penyakit,  pengangguran,ekonomi, kestabilan politik, pendidikan anak-anak, hala tuju negara, kemiskinan, masalah makanan mahupun kehilangan ahli keluarga. Isu-isu ini sedikit sebanyak akan mempengaruhi minda masyarakat. 

Berikutan dengan isu-isu tersebut, masyarakat Malaysia semakin kerap menghadapi ketidakseimbangan emosi, psikologi, dan kognitif sehingga menimbulkan masalah kecelaruan jiwa yang pada dasarnya berhubungan dengan konflik peribadi dan polemik semasa yang dihadapi termasuklah wabak COVID-19 yang sedang melanda. Malah transisi kehidupan norma baharu juga turut memberi kesan psikologi kepada manusia sehingga ramai orang merasa cemas, tertekan, bimbang dan risau dijangkiti wabak ini.

Ketidakstabilan emosi ini menyumbangkan peningkatan kes bunuh diri yang kian hari kian menular. Terdapat 1099 kes bunuh diri sejak 2020 hingga Mei 2021. Kes-kes ini sedikit sebanyak adalah disebabkan oleh masalah kewangan, kesihatan, tekanan perasaan, kemurungan dan masalah-masalah yang dialami oleh masyarakat. 

Hati penentu kebaikan dan juga kejahatan seorang mukmin. Kenyataan ini menjelaskan secara jelas bahawa hati merupakan penentu sesuatu kebaikan dan keburukan. Mari kita tinjau kajian kes seorang juruterbang yang kehilangan kerja akibat pandemik. Semasa beliau berkhidmat sebagai juruterbang, beliau telah melabur pelbagai aset dan belanja tanpa batas. Cara hidup beliau menyebabkan beliau tidak dapat menerima kenyataan bahawa pendapatannya menjadi sifar. Pada akhirnya, beliau memilih untuk menamatkan riwayatnya. Andai kata beliau sanggup redha dan bersyukur dengan apa yang dia ada, semua yang susah akan berlalu. Oleh itu, segala bermula dari hati! 

Budaya Pemikiran Positif 

Sementara kita bersama-sama berganding bahu untuk berhadapan dengan pandemik, budaya pemikiran positif memainkan peranan yang amat penting untuk semua.  Berikut adalah beberapa kaedah yang membantu anda supaya dapat melatih otak kita supaya berfikiran positif. 

Fokus kepada perkara-perkara yang baik

Kita perlu menerima kenyataan bahawa situasi dan halangan yang mencabar adalah sebahagian daripada kehidupan kita. Apabila anda berhadapan dengan satu cabaran, kita perlu fokus pada perkara-perkara yang baik. Cara otak kita memproses maklumat menentukan hasil tingkah laku kita.  Misalnya, aktiviti perniagaan terpaksa dihentikan pada masa kini. Kita jangan memperbesarkan kebimbangan kita dari segi kewangan dan sebagainya. Fokus pada masalah yang tidak dapat membantu akan merumitkan pemikiran kita. Pada masa tersebut, kita sepatutnya perlu fokus pada apa yang sedia ada seperti kita dapat meluangkan masa bersama keluarga. Dengan minda yang ceria, otak kita dapat berfungsi sepenuhnya untuk mencari jalan penyelesaiannya. 

Amalkan kesyukuran

Salah satu masalah manusia ialah suka membanding. Manusia juga yang mencipta konsep cantik dan hodoh, pandai ataupun bodoh, kaya mahupun miskin. Sikap suka melakukan perbandingan itu merupakan asas yang menyebabkan ketidakstabilan emosi antara kita. Kebanyakan masalah manusia bermula apabila kita mula membuat perbandingan antara satu sama yang lain. 

Mengamalkan kesyukuran terbukti dapat mengurangkan tekanan, meningkatkan harga diri, dan memupuk daya tahan walaupun dalam masa yang sangat sukar. Anda boleh mempraktikkan kesyukuran dengan sentiasa mengingati perkara-perkara yang membawa keselesaan atau kebahagiaan kepada kita. Pada masa yang sama, kita perlu melihat dunia dengan penuh kesyukuran dari masa ke semasa. Misalnya, kita perlu bersyukur kerana kita masih boleh bernafas kerana terdapat banyak pesakit yang memerlukan alat bantu pernafasan setiap saat di hospital. 

Simpan jurnal kesyukuran

Manusia cepat lupa. Kita perlu dokumentasikan apa yang kita lakukan. Semasa terdapat imej-imej negatif muncul di otak kita, kita perlu menukarkan konsep negatif tersebut kepada nilai-nilai positif dan seterusnya mencatatkan dalam jurnal kesyukuran. Lakukan aktiviti ini setiap masa dan senarai perkara yang anda bersyukur khasnya pada masa yang sukar. Jurnal tersebut boleh dirujuk bila-bila masa sebagai tanda penghargaan kepada kita dan pencipta alam. 

Diari Emosi 

Selain daripada jurnal kesyukuran, diari emosi dapat membantu anda untuk menilai tempat dan masa yang berbeza dalam hidup yang lebih cenderung untuk menjadi negatif. Andai kata kamu tidak pasti, tanya rakan atau rakan sekerja yang dipercayai. Kemungkinan, mereka akan dapat menawarkan beberapa tip-tip di mana dan masa anda beremosi negatif. Rakan sekerja mungkin menyedari bahawa anda cenderung negatif di tempat kerja atau pada masa-masa tertentu. Selain itu, pasangan atau keluarga anda berkemungkinan untuk memahami emosi anda misalnya semasa anda memandu. Dengan maklumat ini, anda akan lebih mengingatkan diri anda supaya menjaga emosi anda pada masa, tempat dan semasa melakukan aktiviti tersebut. 

Ketawa Sebagai Gantian Menangis 

Adakah anda tahu bahawa ketawa dapat membantu anda lebih gembira dan berkeupayaan untuk mengurangkan tekanan, kebimbangan, dan kemurungan. Pada masa yang sama ketawa dapat meningkatkan kemahiran mengatasi emosi, dan meningkatkan harga diri. 

Apabila kita ketawa, kita dapat mengeluarkan gas nitrat oksida dari peparu kita. Nitrat oksida yang dihembus keluar akan menyebabkan anda lebih gembira. Selain itu, ketawa dapat merangsang perembesan hormon endorphins. Hormon tersebut merupakan hormon semula jadi yang menyebabkan anda rasa selesa dan membolehkan anda rasa lebih gembira. 

Oleh itu, anda boleh memilih untuk menonton filem jenaka yang dapat menghiburkan diri dan bukan filem yang menyebabkan rasa sedih. Kadang kala, walaupun anda tidak terasa untuk ketawa, anda boleh berpura-pura  atau memaksa diri anda untuk ketawa untuk meningkatkan menurunkan tekanan.

Luangkan masa dengan orang yang positif

Emosi negatif mahupun positif telah terbukti dapat menular bergantung kepada orang yang anda menghabiskan masa dan situasi tempat tersebut. Kajian terbukti apabila terdapat seorang yang ketawa secara kuat di sesuatu tempat dapat menyebabkan orang yang tidak dikenali berasa untuk ketawa juga. Begitu juga dengan emosi negatif. Andai kata kamu asyik sahaja membaca berita orang lain membunuh diri, ini akan menyebabkan otak anda terpengaruh dengan tanda-tanda bahawa, bunuh diri adalah “OK” pada masa tersebut. Oleh itu, gejala sedemikian amat membahayakan. 

Berada di sekeliling orang yang positif telah menunjukan untuk meningkatkan harga diri dan meningkatkan peluang anda untuk mencapai matlamat. Mengelilingi diri anda dengan orang positif yang akan mengangkat anda dan membantu anda melihat sisi yang cerah.

Amalkan “perbualan” diri 

Perbualan diri” (Self Talk) yang wujud merupakan perkara yang amat bahaya kepada diri kita. Ramai antara kita senang untuk mengkritik kita diri kita apabila sesuatu kejadian negatif yang berlaku. Praktikkan perbualan diri yang positif dan mengawasi suara di kepala anda supaya dapat bertindak balas dengan mesej positif. 

Masa Lampau, Kini dan Masa Depan 

Kita perlu mengingatkan diri kita bahawa, apa yang sudah berlaku telah berlalu dan tidak berguna andai kata kita menyesal dan merasa tertekan dengan peristiwa lalu. Selain itu, apa yang akan berlalu pada masa hadapan adalah luar daripada jangkaan kita. Tidak usahlah kita merisaukan masa depan. Manakala apa yang berlaku sekarang juga akan berlalu dan menjadi sejarah hidup kita pada masa yang singkat. Kita kena memahami bahawa apa yang berlaku di duniawi ini adalah tidak kenal dan bagaikan embun pada waktu pagi yang akan hilang dengan cepat. Oleh itu, kita perlu menerima apa-apa jua cabaran dan terima yang baik itu sebagai rezeki hidup kita. 

Teknik Berfikir Positif Apabila Semuanya Tidak Betul

Adalah menjadi mustahil apabila kita cuba untuk berfikiran positif ketika anda bersedih atau mengalami kesusahan serius. Pada detik-detik masa yang penting ini, anda perlu menerima tekanan daripada diri dan seterusnya salurkan tenaga itu untuk mendapatkan sokongan daripada orang lain.

Pemikiran positif bukan tentang “mengebumikan” setiap pemikiran negatif atau emosi yang anda ada atau mengelakkan perasaan sukar. Pada detik rendah dalam kehidupan kita, kita memerlukan dorongan rakan untuk terus bergerak sehingga terdapatnya perubahan positif.. Cuba bayangkan, andai kata rakan baik anda mengalami situasi sedemikian, apakah yang akan beritahu dia? Itulah perkara yang anda boleh mendorong anda sendiri. 

Penutup 

Jangan memandang remeh terhadap kekuatan minda anda. Jika anda menganggap diri anda sebagai rumput di padang, maka akan jadilah anda sebagai rumput yang kecil. Andai kata minda anda menganggap anda sebagai rumput di padang, kekuatan seakan-akan padang yang anda ada. Oleh itu, sentiasa meninjau hati anda dan niat diri anda. Mari kita sama-sama untuk menolong satu sama lain supaya kita dapat menempuh pandemik ini dan seterusnya menuju ke arah cemerlang dan membawa Malaysia pulang ke zaman kegemilangan sekali lagi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Please enable JavaScript in your browser to complete this form.