
📄 Full profile available as a PDF document
⬇ Download Profile PDFBeliau mempunyai 29 tahun pengalaman kerjaya berkhidmat dengan pelbagai Kementerian dan agensi Kerajaan. Merupakan ahli yang terlibat secara aktif dalam organisasi antarabangsa seperti International Telecommunication Union (ITU) dan Asia-Pacific Telecommunity (APT). Selain itu, beliau juga telah terlibat secara langsung dalam inisiatif oleh Kerajaan Malaysia sebagai Pengarah Projek Malaysian Emergency Response Services 999 (MERS 999) dari tahun 2008-2016, terlibat dalam penggubalan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010, pembangunan ICT luar bandar dan perkara yang berkaitan. Beliau juga pernah menjadi pengerusi Asian-Japan for Information Policy Meeting (2013), perunding dalam Malaysia-Australia FTA, Trans-Pacific Partnership in Telecommunications & e-Commerce Chapter dan Malaysia European Union Free Trade Agreement.
Lantikan pertama ke dalam perkhidmatan awam (1 Ogos 1989)
Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) (1989 - 2007)
- Bertugas sebagai Penolong Pengarah di Bahagian Pasca Perkhidmatan (1989 - 1994)
- Bertugas sebagai Penolong Pengarah di Pengurusan Projek HRMIS (1994 - 1998)
- Bertugas sebagai Penolong Pengarah di Bahagian Khidmat Pengurusan (1998)
- Bertugas sebagai Penolong Pengarah di Bahagian Penyelidikan dan Perancangan (1998 - 1999)
- Bertugas sebagai Penolong Pengarah di Bahagian Projek HRMIS (1999 - 2001)
- Bertugas sebagai Ketua Penolong Pengarah di Bahagian Projek HRMIS (2001 - 2005)
- Cuti Belajar Bergaji Penuh (CBBP) di UTM Kuala Lumpur (2005 – 2007)
Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (2007 - 2008)
- Bertugas sebagai Ketua Penolong Setiausaha di Bahagian Bekalan Elektrik (2007 - 2008)
- Bertugas sebagai Setiausaha Bahagian di Bahagian Pelesenan dan Regulatori (2008)
Kementerian Komunikasi dan Multimedia (2008 - 2014)
- Bertugas sebagai Setiausaha Bahagian di Bahagian Kawalan dan Pematuhan (2008 - 2014)
Jabatan Perlindungan Data Peribadi (2014 - 2016)
- Bertugas sebagai Ketua Pengarah JPDP (2014 - 2016)
Kementerian Komunikasi dan Multimedia (2016 - 2019)
- Bertugas sebagai Setiausaha Bahagian Teknologi Komunikasi (2016 - 2019)
Jabatan Perlindungan Data Peribadi (2019 - 2024)
- Bertugas sebagai Ketua Pengarah JPDP
Pembentangan kertas kerja berkaitan telekomunikasi, MERS 999, Digital Divide, perlindungan pengguna, ekonomi digital dan perlindungan data peribadi di Maldives, Bangkok, Jogjakarta, Hong Kong, Manila, Long Beach, California, USA dan Tokyo, Jepun.
Pendidikan
- Sarjana Sains (Pengurusan IT) - Universiti Teknologi Malaysia (UTM), 2007
- Sarjana Muda Sains Sosial - Universiti Sains Malaysia (USM), 1987
- Diploma Pentadbiran Awam - Universiti Malaya (UM), 1988
- Diploma Pengurusan Awam - INTAN, 1989
Kompitensi
- Telekomunikasi, Dasar e-Dagang dan Regulatori
- Malaysian Emergency Response Team (MERS 999)
- Pembangunan ICT Luar Bandar
- Kualiti Perkhidmatan dan Perlindungan Pengguna (Komunikasi)
- Dasar Keselamatan Maklumat
- Perjanjian Perdagangan Bebas (Malaysia-Australia FTA, Trans-Pacific Partnership in Telecommunications dan e-Commerce Chapter)
- Critical Information Infrastructure Protection (CIIP)
- Akta Perlindungan Data Peribadi 2010
- Ekonomi Digital